My life my choice..
Nampak dot dot panjang kat tajuk tu ? Tu tanda dia aku pasrah Ya Allah. Seriously, kalau ampa rasa hati ampa keraih, kita sama. *Nampak ja keraih, tapi dalam hati. Sapa yang tau kan :'(
Saja tak buh emoji, nak mengimbas zaman nokia 3310.
Cheq ni 'bakal' budak lulusan politeknik sahaja. Fullstop. Jadi, mai cheq nak cerita serba sedikit apa kaitan quote kat bawah dengan tajuk post. Sebelum kita mula, marilah yang beragama Islam sama-sama mengucapkan kalimah suci ni. Moga disucikan hati kita dari segala hasad dengki.
بسم الله الرحمن الرحيم bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi "Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"
Saja tak buh emoji, nak mengimbas zaman nokia 3310.
Cheq ni 'bakal' budak lulusan politeknik sahaja. Fullstop. Jadi, mai cheq nak cerita serba sedikit apa kaitan quote kat bawah dengan tajuk post. Sebelum kita mula, marilah yang beragama Islam sama-sama mengucapkan kalimah suci ni. Moga disucikan hati kita dari segala hasad dengki.
Cc @ PatroxiSchizophrenia
Live my life ? Apa maksud diaaaaaa.
Ikut la macam mana pun ampa nak tafsirkan. TAPI bagi cheq, cukuplah untuk terima apa saja yang berlaku dalam kehidupan kita. Pandanglah orang yang lagi susah masa kita rasa "ish susahnya hari-hari aku."
Ampa semua, cheq nak habaq. Apapun keputusan yang ampa nak buat, pikiaqlah mama & abah ampa. Sebut pasai ni, tadi mama cheq ada cakap something. yang buat cheq agak tersentak ye adik-adik.
Mama setiap hari bila balik reja, masa kona keta, mesti tengok ada dak bmw hijau
(merujuk pada keta abah, sebenaqnya iswara :p),
kalau ada tu, leganya hati.
Then, lani kan musim cuti sekolah, tengok acik & adik sambut dak depan pintu,
kalau ada juga, Alhamdulillah :)
Continue sampai maghrib, tunggu2 pulak angah sampai rumah.
Dah sampai tu, baru la rasa lega, baru buleh pi mandi, pi solat padulu.
Tu pun, tak berapa nak lega lagi. Ayong (Thats me) kat sana apa cerita lah.
*Dalam hati, takpalah satgi buleh ws tanya.
So adik-adik sekelian, buleh dak nampak mcm mana perasaan mama ampa bila ampa pi mana2 tak balik2 ? But still ada ayat last mama bagi yang cheq ingat.
Dulu masa tok rsau tnggu arwah paklong,
tunggu anak2 balik mama tak rasa apa. Lani dah jadi mama, baru rasa.
Sedih, serius. Cheq anak sulung, anak perempuan, anak yang rapat, manja. Dan tak dapat dibayangkan satu hari nanti. Cheq dilamar untuk jadi seorang permaisuri kepada seorang rajanya. Apa pulak perasaan mama masa tu, for sure yang cheq tau. It wont be easy for both of them. Cheq memang jenih manja yang hardcore. Lama2 ampa baca post cheq ampa tau la. HAHAHA.
Btw perjalanan hidup cheq penuh liku-liku. Yang pastinya semakin berguna jugak untuk ampa semua yang bakal bertapak dalam dunia sebenar. Peace no war, serius talk, cheq bhai2 dulu noh. Sweet dream gais. #Lotsoflove
Comments
Post a Comment